Pendahuluan
Mata pelajaran Pendidikan Syariah
Islamiah termasuk dalam kumpulan mata pelajaran elektif Pengajian Islam di
peringkat persekolahan menengah atas. Mata pelajaran ini lebih meluas dan
mendalam daripada mata pelajaran Pendidikan Islam teras. Ini selaras dengan
hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mempertingkat Pendidikan Islam di
sekolah-sekolah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sukatan Pelajaran Pendidikan Syariah
Islamiah adalah kesinambungan daripada kurikulum Pendidikan Islam di peringkat
Persekolahan Menengah Rendah. Isi Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam teras
sebahagian besarnya dikekalkan dengan huraian yang lebih luas dan ditambah
dengan bidang-bidang serta tajuk-tajuk baru.
Sukatan ini merangkumi bidang Akidah, Sejarah Perundangan Islam, Usul
Fikah, Ayat-ayat Hukum, Hadis-hadis Hukum dan Fikah.
Dalam bidang Akidah aspek-aspek yang
positif dan konstruktif ditonjolkan untuk mengelakkan perselisihan dan keraguan
bagi memantapkan akidah.
Bidang Sejarah Perundangan Islam dan Usul
Fikah memberi tumpuan terhadap konsep, prinsip, sejarah dan kaedah yang
berkaitan dengan hukum-hukum Islam. Bidang Ayat-ayat hukum dan Hadis-hadis
hukum memberi penekanan tentang cara bagaimana fukaha mengeluarkan hukum
daripadanya serta kaedah-kaedah yang berkaitan.
Sementara bidang Fikah memberi penekanan kepada hukum-hukum Islam tentang
tajuk-tajuk tertentu. Melalui mata
pelajaran ini adalah diharapkan murid akan mendapat peluang yang lebih luas
untuk mendalami ilmu-ilmu tersebut dan menghayatinya.
Matlamat
Matlamat Pendidikan Syariah Islamiah yang
berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah
adalah untuk membentuk, memperkembang dan melahirkan insan yang mengetahui dan
memahami ‘Ulum Syariah secara lebih meluas dan mendalam supaya menjadi muslim
berilmu, beriman, beramal soleh, berperibadi mulia dan berupaya menunaikan
tanggungjawab sebagai hamba dan Khalifah Allah yang bertaqwa.
Objektif
Kurikulum Pendidikan Syariah Islamiah
membolehkan pelajar mendapat:
- Memahami konsep Iman dan Islam sebagai al-Din dan peranan iman dalam mewujudkan kekuatan jiwa.
- Mengetahui dan memahami kewujudan Allah S.W.T. berdasarkan pemerhatian kepada kejadian manusia dan alam.
- Memahami tentang dosa dan pahala, perkara-perkara yang membatalkan iman dan berusaha menjauhinya serta mempertingkatkan iman.
- Memahami ma‘rifatu’lLah ( ) dan taqlid ( ) af’alu‘lLah ( ), af’alu‘l-‘ibad ( ), sejarah perkembangan Ilmu Kalam, dan ayat-ayat serta Hadis-hadis mutasyabihat.
- Memahami sejarah dan sumber perundangan Islam serta mengetahui dan memahami konsep dan prinsip ilmu Usul Fikah serta cara ulama mengistinbatkan hukum.
- Membaca dan memahami ayat-ayat hukum dan hadis-hadis hukum untuk diamal dan dihayati dalam kehidupan dan mengetahui cara ulama mengistinbat hukum daripada ayat-ayat dan hadis-hadis tersebut.
- Memahami ibadat Haji dan pelaksanaannya untuk dihayati.
- Mengetahui dan memahami konsep dan prinsip sembelihan, kurban dan akikah dalam Islam serta menghayatinya.
- Mengetahui dan memahami prinsip-prinsip muamalat Islamiah dan cara pelaksanaannya dalam masyarakat pada masa kini serta mengamalkannya.
- Memahami sistem kekeluargaan dalam Islam serta mengetahui institusi kehakiman dalam Islam dan peranan Mahkamah Syariah di Malaysia dalam pentadbiran undang-undang kekeluargaan Islam.
Organisasi Kandungan:
Pendidikan Syariah Islamiah merangkumi
Bidang; Akidah, Sejarah Perundangan Islam, Usul Fikah, Ayat-ayat dan
Hadis-hadis hukum dan Fikah.
Bidang Akidah membincangkan tentang iman,
Islam dan bukti-bukti kewujudan Allah S.W.T., dosa dan pahala, perkara-perkara
yang membatalkan iman, ma‘rifatulLah dan taqlid, af‘alulLah, af’alul-‘ibad,
sejarah perkembangan ilmu kalam dan ayat-ayat serta hadis-hadis
mutasyabihat.
Bidang Sejarah Perundangan Islam
mengandungi prinsip-prinsip sejarah dan sumber-sumber perundangan Islam dari
zaman Rasulullah s.a.w., Khulafa’ al-Rasyidin, Umaiyah, Abbasiyah dan
Perundangan Islam di zaman penjajahan Barat.
Bidang Usul Fikah menghuraikan konsep dan
prinsip yang berkaitan dengan Ilmu Usul
Fikah, dalil-dalil yang disepakati dan yang tidak disepakati oleh ulama sebagai
hujah dalam sumber perundangan Islam.
Bidang Ayat-ayat dan Hadis-hadis hukum
membicarakan tentang cara Fukaha mengeluarkan hukum daripada beberapa ayat
tertentu serta kaedah-kaedah yang berkaitan.
Bidang Fikah menerangkan peraturan Ibadat
Haji, Sembelihan, Kurban, Akikah, Pengenalan Sistem Muamalat dalam Islam,
Munakahat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya, Peranan Mahkamah
Syariah di Malaysia, Konsep Kehakiman Dalam Islam dan Organisasinya.
Pengetahuan dan kemahiran dalam
Pendidikan Syariah Islamiah ini adalah sesuai dengan peringkat sekolah menengah
atas. Adalah diharapkan mata pelajaran ini dapat dijadikan asas pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi.
Isi Pelajaran:
1. Akidah
1.1 Iman fitrah manusia
Peranan iman dalam mewujudkan kekuatan jiwa, semangat pengorbanan
dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat
1.2 Islam sebagai al-Din yang membawa rahmat kepada
manusia dan alam sarwajagat.
1.3 Kejadian manusia sebagai sebahagian daripada
bukti kewujudan Allah S.W.T.
1.4 Kejadian alam sebagai tanda kekuasaan dan
kebijaksanaan Allah S.W.T.
1.5 Dosa, Pahala dan Bahagiannya.
1.6 Iman Boleh Bertambah dan Berkurang,
Perkara Yang Membatalkan Iman dan Usaha-usaha Menjauhinya.
1.7 Ma’rifatullah ( ) dan taqlid ( ).
1.8 Af’alulLah ( ) af‘alul-‘ibad ( ) menurut Ahlu Sunnah Wal-Jamaah.
1.9 Sejarah perkembangan Ilmu Kalam.
1.10 Ayat-ayat dan Hadis-hadis mutasyabihat
2. Sejarah Perundangan Islam
2.1 Prinsip-prinsip Perundangan Islam dan
Perkembangannya pada zaman Rasulullah s.a.w., Sahabat, Tabi‘in, Tabi‘ tabi’in.
2.2 Perundangan Islam pada zaman penjajahan
Barat.
3. Usul Fikah
3.1 Pengertian, sejarah dan kepentingan ilmu
Usul Fikah.
3.2 Pengertian hukum syarak dan
bahagian-bahagiannya: Hukum Taklifi dan Hukum Wadh’i.
3.3 Dalil-dalil hukum syarak dan
bahagian-bahagiannya.
3.3.1 Dalil-dalil yang disepakati sebagai hujah:
al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan Qias.
3.3.2 Dalil-dalil yang tidak disepakati sebagai
hujah seperti: Istihsan, Masalih
al-mursalah, Istishab, Amal Ahlil Madinah,
Uruf dan Adat, Qaulu Sahabi dan
Syar‘un man Qablina.
3.4 Am dan Khas
3.5 Mutlaq dan Muqayyad.
3.6 Nasakh.
4.
Ayat-ayat dan hadis-hadis hukum
a.
Ayat-ayat
hukum :
i. Tayammum: Surah
al-Nisa’, 4 : 43.
ii. Qiamullail: Surah al-Muzammil, 73 : 1 - 10
iii. Puasa Ramadhan: Surah al-Baqarah 2 : 185
iv. Adab Pergaulan
Dalam Rumah: Surah al-Nur, 24 : 58 - 59
v. Memelihara Ukhuwwah Islamiah: Surah al-Hujurat, 49 : 11 - 12.
vi. Memberi Nasab Anak Angkat: Surah al-Ahzab, 33 : 5.
vii. Berbakti Kepada Dua Ibu Bapa: Surah
al-Isra’, 17 : 23 - 25.
viii. Pemgurusan Harta Anak Yatim: Surah
al-Nisa, 4 : 5 - 6.
ix. Peperangan Dalam Islam: Surah al-Hajj, 22 : 39 - 41.
x. Membunuh Tanpa Sengaja dan
Hukumannya: Surah al-Nisa’, 4 : 92.
5.
Fikah.
5.1
Ibadat Haji dan Umrah:
5.1.1
Sejarah, Konsep dan Kepentingan.
5.1.2
Cara Pelaksanaan Ibadat Haji dan Umrah.
5.1.3
Niabah Haji.
5.1.4
Pengurusan Haji di Malaysia.
5.2
Sembelihan, Kurban dan Akikah.
5.2.1
Sembelihan.
5.2.2
Kurban.
5.2.3
Akikah.
5.3
Muamalat
Dalam Islam:
5.3.1 Prinsip dan Kepentingan Muamalat
Dalam Islam.
5.3.2 Pengenalan Kepada Muamalat Dalam Islam:
a.
Jual beli dan Khiyar
b.
Bai
Salam
c.
Syarikat Mudharabah
d.
Al-Bai bi Thamani
Ajil
e.
Al-Wadiah
f.
Al-Rahn
g.
Takaful
h.
Saham
5.4 Perkahwinan:
5.4.1 Hukum, Kaifiat dan Hikmahnya.
5.4.2 Tanggungjawab suami isteri, nafaqah, mut‘ah
dan hadanah.
5.4.3 Talaq, ruju‘, ‘idah, fasakh, khulu‘,
nusyuz, zihar dan poligami.
6. Peranan Mahkamah Syariah di Malaysia dalam pentadbiran undang-undang kekeluargaan Islam.
6.1 Konsep kehakiman dalam Islam dan
organisasinya.
6.2 Jenis-jenis kesalahan, hukumannya
dan kuasa pengampunan.